|
|
May 10, 2006
Keputusan Akhir di Maktab Perguruan : Yang Mana Satu Pilihan Anda ?
 Di atas ini merupakan contoh calon-calon KPLI 2005 yang sudah menamatkan pelajaran di maktab perguruan dan sudahpun 'posting' ketika ini. Keputusan akhir peperiksaan untuk pelajar KPLI di seluruh maktab perguruan di bahagikan kepada 3 iaitu Cemerlang, Kepujian dan Lulus. Miliki segera ebook 'Rahsia Lulus Cemerlang KPLI 2007' di Rahsia Lulus Cemerlang KPLI 2007 , di mana semua tips-tips digabungkan menjadi satu Pakej Teristimewa untuk tahun ini P/s Kami sudahpun memuatkan bahagian rujukan bimbingan dan kaunseling, opsyen Sains Menengah, dan sedang menyiapkan bahan rujukan penting " Pelan Tindakan KPM untuk membela nasib guru", serta sedang menyiapkan bahagian khas, fokus kami kali ini kepada opsyen kemahiran hidup sekolah rendah, antara opsyen paling popular untuk ambilan 2007. Sumber rujukan-rujukan 'Rahsia Dalaman Pelajar-pelajar senior KPLI dari tahun 2003 hingga 2006 sedang dikumpulkan, tips-tips dari penemuduga-penemuduga sedang kemaskinikan ( Apakah kejutan untuk tahun 2007 ? ) Semua ini adalah Pakej Istimewa, tiada di kedai-kedai buku dan disediakan untuk 'personalization' khas calon-calon KPLI 2007 yang inginkan kelainan dan ingin berjaya. Lawati kami di Rahsia Lulus Cemerlang KPLI 2007
Posted at 09:33 am by batagolek
Permalink
Untuk kami meneruskan kajian, meneliti aspek-aspek penting dan berkomunikasi dengan klien hampir setiap hari, kami perlukan sumbangan anda.. Sudilah kiranya anda membantu kami dan calon-calon yang lain untuk memberikan pendapat dan berkongsi idea untuk menghadapi KPLI 2007 ini nanti
Posted at 06:09 am by batagolek
Permalink
Survey Keempat : Pembetulan
Pada survey kami yang keempat, 50% bersetuju menilai diri mereka sebagai individu yang kreatif dan 50% lagi menilai diri mereka sebagai seorang yang opmtimistik. Apakah tujuan utama kami membuat survey ini ? Produk kami bergantung kepada kepuasan hati klien dan objektif utama kami adalah untuk memberikan info dan bantuan semaksimum mungkin melalui ebook, blog akses peribadi klien dan melalui SMS Untuk kami terus membantu anda, kami perlukan lebih banyak rujukan terutamanya dari pihak anda dan klien, dengan feedback dan komunikasi berterusan antara pihak kami dan klien, survey sebegini sudah tentu dapat membantu kami untuk membantu calon. KPLI adalah padang pertempuran, tidak boleh di ambil sambil lewa dan tidak boleh pula ditekan-tekan. Ia perlukan keseimbangan, seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang amat mementingkan aspek ' keseimbangan'. Kami faham akan kepentingan komunikasi 2 hala dan tahap kefahaman kami terhadap calon sudah tentu membantu kami memberikan pertolongan dan bantuan berbentuk objektif dan 'specialized' untuk anda,maka untuk kami menyelesaikan sesuatu masalah , kami terlebih dahulu perlu memahami dan mendalami masalah tersebut. Dengan cara ini sahaja, proses P&P antara kami dan klien dapat berjalan lancar dengan cara memahami dan bertindak terhadap permintaan dan keperluan klien, sesuai dengan moto kami ' Kepuasan Anda, Komitmen Kami" Testimoni-testimoni kami menunjukkan perubahan positif klien selepas memiliki produk ebook, blog dan tutorial emel KPLI 2007 Sila ke Rahsia Lulus Cemerlang KPLI 2007 dan kuasai segala aspek KPLI di sana sampai jumpa lagi !!
Posted at 05:54 am by batagolek
Permalink
Survey Keempat ( 8.54 malam, 10.5.2006 )
Posted at 05:52 am by batagolek
Permalink
Posted at 05:51 am by batagolek
Permalink
Posted at 05:50 am by batagolek
Permalink
Posted at 05:45 am by batagolek
Permalink
May 3, 2006
Cuba anda lihat respon-respon dari 2 calon ini, dan jika anda ialah penemuduga, calon manakah agaknya yang lebih layak diterima untuk KPLI ?
Soalan Penemuduga :
Apa pendapat kamu tentang berlakunya masalah keciciran murid di sekolah rendah ?
A : Saya rasa, keciciran berlaku disebabkan oleh kekurangan kemudahan di kawasan pedalaman dan murid tidak didedahkan dengan teknologi ICT.
B. Pada pendapat saya, masalah keciciran yang berlaku di sekolah rendah adalah satu cabaran getir bagi Kementerian Pendidikan, terutamanya kepada guru yang mengajar di kawasan luar bandar dan di kawasan pedalaman. KPM perlu mengatasi masalah ini dengan cara mengenalpasti puncanya terlebih dahulu dan melakukan program intervensi mulai hari pertama persekolahan, menambahkan lagi kuantiti asrama pusat, dan memperkemaskan program sokongan murid seperti RMT, SPBT, Bimbingan dan Kaunseling, dan Perkhidmatan Kesihatan di sekolah rendah.
Komen 1 : Penggunaan saya rasa dan pada pendapat saya, pada awal-awal lagi memberitahu penemuduga bahawa calon B adalah lebih konfiden berbanding calon A. Secara psikologi, saya rasa bermaksud saya tidak pasti, saya hanya bergantung kepada perasaan saya sahaja, saya tidak perlu menyiasat dan mengkaji. Penggunaan pada pendapat saya menunjukkan calon B adalah seorang yang tidak tergopoh-gopoh, merupakan seorang yang suka memberi pendapat, sangat profesional dan lebih yakin.
Komen 2 : Calon A tidak mempunyai penguasaan yang cukup tentang senario yang berlaku di sekolah rendah, sedangkan calon B sudahpun membuat homework dan bersedia lebih awal lagi, Terdapat 'flow' yang bagus pada Calon B, dan setiap apa yang dipertuturkan merupakan jalinan 'point' - 'point' yang memberi keyakinan kepada penemuduga. Penggunaan perkataan seperti RMT dan SPBT menunjukkan calon B mempunyai pengalaman mengajar dan tahu bahawa RMT dan SPBT adalah sangat sinonim dengan sekolah rendah :
Posted at 04:18 am by batagolek
Permalink
Contoh Aplikasi Sebab : Akibat
Soalan contoh :
Denda berkaitan dengan maki hamun
A. daun berkaitan dengan hijau
B. dalam berkaitan dengan laut
C. lompat berkaitan dengan melangkah
D. rendam berkaitan dengan melembapkan
Apabila kita gunakan hubungan sebab-akibat ( cause-effect ), masa yang diambil untuk melakukan 'filtering' adalah lebih singkat dan tidak terlalu lama mengambil masa untuk menjawab.
Jawapan soalan di atas ialah D, rendam = sebab , melembapkan = akibat
Adakah anda perlu hafal sebab-akibat ?
Tidak, tetapi jika anda sudah mendapat satu gambaran umum tentang hubungan ini dan tahu bilakah ingin menggunakannya, sudah tentu ia amat membantu.
Posted at 03:57 am by batagolek
Permalink
Apr 30, 2006
Cause and Effect dalam Mtest
Cause and Effect
Sebenarnya, calon-calon KPLI akan mempunyai kelebihan/edge berbanding calon-calon lain sekiranya bijak menggunakan beberapa 'teknik penyelesaian' seperti hubungan cause and effect...kesan dan akibat...
Kami akan berikan contoh beberapa soalan yang boleh diselesaikan menggunakan teknik ini, terutamanya pada soalan-soalan di kertas pemahaman Bahasa Melayu..
Apakah kesannya pada anda ? Sudah tentu lebih pantas menjawab..
Untuk menyelesaikan soalan-soalan di sana, jika anda sudah tahu rahsia untuk membuka botol dan jika sentiasa dilatih kebolehan menyelesaikan soalan-soalan dengan pantas, sudah tentu banyak kelebihan yang akan anda miliki.
Kami telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan kesemua tips-tips dan teknik-teknik KPLI di laman web : http://batagolek.tripod.com/kpli2006/ , di harap sekiranya calon inginkan ' the extra mile' , boleh berkunjung ke sana. ;)
Posted at 11:08 pm by batagolek
Permalink
|
|
|