Survey Keempat ( 8.54 malam, 10.5.2006 )
Posted at 05:52 am by batagolek
Permalink
Posted at 05:51 am by batagolek
Permalink
Posted at 05:50 am by batagolek
Permalink
Posted at 05:45 am by batagolek
Permalink
Cuba anda lihat respon-respon dari 2 calon ini, dan jika anda ialah penemuduga, calon manakah agaknya yang lebih layak diterima untuk KPLI ?
Soalan Penemuduga :
Apa pendapat kamu tentang berlakunya masalah keciciran murid di sekolah rendah ?
A : Saya rasa, keciciran berlaku disebabkan oleh kekurangan kemudahan di kawasan pedalaman dan murid tidak didedahkan dengan teknologi ICT.
B. Pada pendapat saya, masalah keciciran yang berlaku di sekolah rendah adalah satu cabaran getir bagi Kementerian Pendidikan, terutamanya kepada guru yang mengajar di kawasan luar bandar dan di kawasan pedalaman. KPM perlu mengatasi masalah ini dengan cara mengenalpasti puncanya terlebih dahulu dan melakukan program intervensi mulai hari pertama persekolahan, menambahkan lagi kuantiti asrama pusat, dan memperkemaskan program sokongan murid seperti RMT, SPBT, Bimbingan dan Kaunseling, dan Perkhidmatan Kesihatan di sekolah rendah.
Komen 1 : Penggunaan saya rasa dan pada pendapat saya, pada awal-awal lagi memberitahu penemuduga bahawa calon B adalah lebih konfiden berbanding calon A. Secara psikologi, saya rasa bermaksud saya tidak pasti, saya hanya bergantung kepada perasaan saya sahaja, saya tidak perlu menyiasat dan mengkaji. Penggunaan pada pendapat saya menunjukkan calon B adalah seorang yang tidak tergopoh-gopoh, merupakan seorang yang suka memberi pendapat, sangat profesional dan lebih yakin.
Komen 2 : Calon A tidak mempunyai penguasaan yang cukup tentang senario yang berlaku di sekolah rendah, sedangkan calon B sudahpun membuat homework dan bersedia lebih awal lagi, Terdapat 'flow' yang bagus pada Calon B, dan setiap apa yang dipertuturkan merupakan jalinan 'point' - 'point' yang memberi keyakinan kepada penemuduga. Penggunaan perkataan seperti RMT dan SPBT menunjukkan calon B mempunyai pengalaman mengajar dan tahu bahawa RMT dan SPBT adalah sangat sinonim dengan sekolah rendah :
Posted at 04:18 am by batagolek
Permalink
Contoh Aplikasi Sebab : Akibat
Soalan contoh :
Denda berkaitan dengan maki hamun
A. daun berkaitan dengan hijau
B. dalam berkaitan dengan laut
C. lompat berkaitan dengan melangkah
D. rendam berkaitan dengan melembapkan
Apabila kita gunakan hubungan sebab-akibat ( cause-effect ), masa yang diambil untuk melakukan 'filtering' adalah lebih singkat dan tidak terlalu lama mengambil masa untuk menjawab.
Jawapan soalan di atas ialah D, rendam = sebab , melembapkan = akibat
Adakah anda perlu hafal sebab-akibat ?
Tidak, tetapi jika anda sudah mendapat satu gambaran umum tentang hubungan ini dan tahu bilakah ingin menggunakannya, sudah tentu ia amat membantu.
Posted at 03:57 am by batagolek
Permalink
Cause and Effect dalam Mtest
Cause and Effect
Sebenarnya, calon-calon KPLI akan mempunyai kelebihan/edge berbanding calon-calon lain sekiranya bijak menggunakan beberapa 'teknik penyelesaian' seperti hubungan cause and effect...kesan dan akibat...
Kami akan berikan contoh beberapa soalan yang boleh diselesaikan menggunakan teknik ini, terutamanya pada soalan-soalan di kertas pemahaman Bahasa Melayu..
Apakah kesannya pada anda ? Sudah tentu lebih pantas menjawab..
Untuk menyelesaikan soalan-soalan di sana, jika anda sudah tahu rahsia untuk membuka botol dan jika sentiasa dilatih kebolehan menyelesaikan soalan-soalan dengan pantas, sudah tentu banyak kelebihan yang akan anda miliki.
Kami telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan kesemua tips-tips dan teknik-teknik KPLI di laman web : http://batagolek.tripod.com/kpli2006/ , di harap sekiranya calon inginkan ' the extra mile' , boleh berkunjung ke sana. ;)
Posted at 11:08 pm by batagolek
Permalink