Hari ini saya menerima lagi testimoni KPLI dari salah seorang
pembeli manual ‘Pakej Formula KPLI Luar Biasa’ bagi menghadapi temuduga
KPLI ambilan Julai 2007.
Encik Wan Sahizan yang berasal dari Selising, Kelantan dan kini
bekerja di Bandar Baru Bangi menghubungi saya pada jam 3 petang tadi
untuk mengucapkan terima kasih dan berkongsi kegembiraan beliau. Beliau
berjaya melepasi Ujian Fizikal dan Ujian Temuduga KPLI dengan
berpandukan Manual yang saya sertakan di dalam Pakej KPLI…InsyaAllah,
pada 16hb Julai ini beliau akan melaporkan diri di IPG Perlis dan akan
memulakan karier baru di dalam profesion perguruan…
Saya sempat bertanyakan beberapa soalan kepadanya, dan memang saya
sudah mengagak, beliau ada potensi untuk berjaya berdasarkan semangat
yang ditunjukkan. Beliau juga memang sentiasa bertanya kepada saya dan
menelefon saya, dan saya memang ‘all out’ menolong beliau.
Saya mohon maaf sekiranya kualiti Audio temubual saya ini agak
kurang kerana ianya dilakukan secara spontan dan secara manual
recording… Sehingga kini, sudah 2 orang calon opsyen PJK yang
menghubungi saya dan ikhlas saya katakan, saya amat gembira..Gembira
kerana akhirnya usaha anda dibalas dengan kejayaan dan anda bijak
membuat keputusan untuk memiliki sebuah rujukan yang ‘WAJIB’ dimiliki
oleh setiap calon KPLI…
Saya akan terus memuatkan berita-berita gembira calon-calon eKPLI
yang lain selepas ini. Kepada calon yang masih belum menelefon saya,
anda boleh menghubungi saya di talian 012-684 6586 untuk berkongsi
kejayaan bersama. Saya memerlukan sokongan dan testimonial kejayaan
anda.
Bolehlah klik pada butang play yang kecil di bawah ini untuk
memainkan video ini…Disyorkan agar anda meletakkan volume speaker pada
maximum kerana bunyinya agak perlahan sedikit…Semoga berjaya !!